..
..
..
..
Mata mengantuk, mahu tido tapi ayah tegah. Disuruhnya aku buka mata lebar2 dan dengar dia membebel psl percaturan wenger pagi tadi. "uih, fabregas ngn persi tak main"...ulangnya hampa. Aku pandang ayah. Mcm mane la ini orang bole tgk bola tanpa sekuit pun perasaan mengantuk. Tak mahu terus berpinar2 menahan mata yang kuyu ini, aku lalu gagahkn diri menatap tv dan menonton game dgn religiously nya.
..
..
..
Yang mahu aku sampaikan disini adalah aku kagum pada penyokong Celtic, biarpun ketinggalan, biarpun sudah pasti kalah, biarpun sudah jelas pulang hampa tanpa kemenangan, namun mereka masih bersorak, masih menyanyi, masih girang seolah2 pasukan mereka yang mendahului.
..
..
..
Kalau dibandingkan dgn mana2 penyokong kelab EPL, sudah pasti walaupun game masih berbaki 20 minit sudah pun pulang. Berduyun2 mengosongkan tempat duduk, keluar stadium. Namun tidak penyokong Celtic. Walaupun hanya dapat menjaringkan satu gol, disambut meriah oleh mereka. Masih berpesta, masih bersorak, masih tekun di tempat duduk mereka tanpa ada pun yang berdiri mahu mengangkat kaki.
..
..
..
Jelas mereka layak dilabel penyokong terbaik.
[masih kagum]