AYAH TAK PERNAH cakap dia bangga dengan aku, TAPI APA YANG AKU TAK TAHU, ayah canang pada semua kawan2 dia, aku anak dia, aku buat dia bangga, aku sedang capai impian yang dia sendiri tak sempat lakukan. Ayah senyum, ayah gembira.
AYAH TAK PERNAH berkompromi kalau aku buat salah. Ayah akan marah, ayah akan maki, ayah akan tengking. TAPI APA YANG AKU TAK TAHU, ayah selalu bercerita dengan ibu, "jangan marah lagi budak tu, dia dh sedar silap dia."
AYAH TAK PERNAH cakap 'tak ada' pada arwah nenek bila nenek perlukan duit. Bila-bila nenek perlukan duit, ayah akan bagi. TAPI APA YANG AKU TAK TAHU, ayah selalu akan usahakan demi nenek walaupun duit sendiri tak cukup. "Sebab itu hidup berkat, sebab kita tak berkira dengan ibu sendiri", jelas ayah.
AYAH TAK PERNAH menangis lagi selepas arwah nenek meninggal, TAPI APA YANG AKU TAK TAHU, ayah selalu hiba lepas bercerita tentang nenek, tentang ibunya, tentang wanita yang paling dia sayang.
AYAH TAK PERNAH habiskan pengajian. Dia cuma ada diploma. Dia pernah cuba belajar di peringkat sarjana. Dia hanya belajar separuh jalan. TAPI APA YANG AKU TAK TAHU, dia berhenti sebab tak dapat restu nenek. "Mahu kejar apa lagi mail?", soal nenek. "Kau dah pergi ke langit hijau, mahu apa lagi?"
Ayah mungkin TAK PERNAH ITU DAN TAK PERNAH INI, tapi APA YANG AYAH TAK TAHU, semua yang ayah pernah buat, aku sedang lakukan sekarang. Apa yang ayah tak sempat lakukan, aku sedang buat sekarang.
AKU TAK PERNAH beritahu ayah secara bersemuka bagaimana ayah telah corak hidup aku dan cara aku berfikir. TAPI APA YANG AYAH TAK TAHU, i'm becoming you ayah.
No comments:
Post a Comment